NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 6
Jumaat, 13 Oktober 2017 | Oktober 13, 2017 | 0comments

BAB 6

U
TEH berjalan seiring dengan kawan-kawannya. Waktu persekolah baru sahaja melabuhkan tirainya. Sebaik sahaja melepasi pintu pagar sekolah, seorang demi seorang kawan-kawannya mengikut haluan sendiri. Masing-masing dijemput oleh ibu dan bapa.
            Uteh mengeluh, sakit pula kakinya hari ini. Maklumlah, pagi tadi ada latihan bole sepak. Dia tercedera sedikit akibat kasut sukan yang dipakai sudah haus dan duri tajam tercucuk di tapak kayunya.
            Memahami kesusahan yang melanda keluarganya, Uteh tidak pernah meminta malah jauh sekali mengeluh. Cikgu kata, takdir hidup bukan kita yang tentukan.
            Uteh mengambil keputusan untuk berehat sebentar di pondok menggu bas di depan sekolahnya. Bas sekolah pun sudah bergerak balik menghantar murid sekolah. Begitu juga dengan ibu bapa, sudah beransur pulang. Yang tinggal cuma Uteh dan beberapa orang yang menunggu ibu bapa mereka jemput pulang.
            Air mineral yang tersimpan kemas di poket sisi beg segera dicapai lalu diteguk rakus. Dahaga.
            Sebuah kereta mewah berhenti di pondok menunggu bas tersebut. Uteh berkerut. Macam pernah lihat sahaja kereta ini.
            Puan Zainab keluar dari kereta seraya tersenyum manis ke arah Uteh. Terkejut Uteh dibuatnya, tak sangka nenek akan carinya di sekolah.
            “Err.. nenek, buat apa dekat sini?” sola Uteh setelah Puan Zainab makin menghampirinya.
            “Nenek datang nak ambil kamulah. Mesti kamu penat kan? Kasihan cucu nenek ni. Jom kita pergi jalan-jalan nak?”

            “Tak boleh nek. Sebab Uteh kena balik. Nanti abah marah kalau lambat balik”
            “Jangan risau, abah takkan marah kalau keluar dengan nenek. Lagipun tadi nenek dah minta izin dengan abah” bohon Puan Zainab.
            “Oh okay, jom” Uteng menggalas beg lalu mengikut Puan Zainab menuju ke kereta. Sebaik sahaja Uteh masuk ke dalam kereta, Puan Zainab senyum kemenangan.
            Kereta mewah Puan Zainab membelah kesunyian jalan kampung. Hala mereka sekarang menuju ke jalan besar. Uteh terkejut.
            “Nenek, Uteh nak balik rumah dulu. Tukar baju”
            “Tak apa Uteh, tak perlu tukar baju. Nanti sampai je rumah nenek, Uteh tukar baju baru. Nenek dah belikan” Puan Zainab melempakan senyuman.
            “Ha? Uteh kena tinggal dengan nenek ke? Uteh tak nak. Uteh tak nak. Uteh nak mak dengan abah” bentak Uteh. Puan Zainab ketap bibir. Anak ini juga degil seperti bapanya, Rahman. Keras kepala.
            “Percayalah, Uteh akan seronok duduk dengan nenek. Nenek boleh bagi segalanya pada Uteh. Wang ringgit, kemewahan, katakan apa sahaja”
            “Uteh tak nak, wang ringgit tak boleh beli sebuah kebahagiaan” tegas Uteh. Itu yang serang diperkatakan oleh gurunya.
            “Uteh! Jangan kau pandai-pandai nak ajar aku ya. Kau duduk sahaja di rumah. Nanti pindah sekolah baru” Puan Zainab naik suara.
            Uteh mendiamkan diri. Gentar. Sungguh, dia rasa hendak pulang ke rumah sekarang juga. Mak, abah..tolong Uteh. Jerit hati kecil Uteh yang keresahan.



Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go