NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 9
Jumaat, 13 Oktober 2017 | Oktober 13, 2017 | 0comments


BAB 9

“U
HUK..Uhuk..” batuk Raziah makin menjadi-jadi pula sejak kebelakangan ini. Dada yang terasa sesak diurut untuk melegakan pernafasannya.
            Puan Zainab yang memerhati dari katil hanya melepaskan keluhan. Dia silap menilai Raziah. Wanita itu merupakan menantu yang sangat baik. Buktinya Raziah sanggup menjaganya di hospital.
            “Yah..” panggil Puan Zainab tidak bermaya. Dia disahkan menghidap strok. Tutur katanya juga sukar difahami kerana mulutnya telah senget akibat serangan strok tersebut. Riziahlah yang menguruskan dirinya selama dia di hospital.
            “Ya mak? Mak nak makan?” Raziah melemparkan senyuman nipis. Kerongkongnya terasa pedih. Bekas jahitan di dadanya juga terasa berdenyut-denyut.
            “Terima kasih Yah” ucap Puan Zainab ikhlas.
            “Mak tak perlu berterima kasih dengan Yah. Yah yang perlu ucap terima kasih pada mak sebab sudi terima Yah sebagai menantu yang diiktiraf walaupun baru beberapa minggu”
            Puan Zainab senyum. Pandangan dihalakan ke sofa. Susuk tubuh Rahman tidak kelihatan, kemanakah anak lelakinya itu pergi?
            “Rahman solat kejap mak, Uteh sudah ada di kampung. Dia ikut Pak Man teksi balik, hari Isnin nanti dia ada ujian di sekolah. Itu yang dia terpaksa pulang awal” ujar Raziah setelah mengerti pandangan Puan Zainab.
            “Yah, harta mak serahkah pada kamu berdua” Puan Zainab berusaha untuk bertutur.
            “Apa ni mak? Kami tak harapkan apa-apa pun”
            “Mak masih belum ubah nama Rahman. Kalau apa-apa berlaku, kamu gunalah” sesekali Puan Zainab melepaskan lelah berbicara. Dalam keadaan mulut yang senget, sangat sukar untuk dia berbicara dengan betul.

            “Yah belum solat kan?” Puan Zainab sengaja alih topik.
            Raziah sekadar menggeleng. Memang betul dia belum menunaikan solat asar lagi. Jam telah berganjak ke 5 petang.
            “Kalau macam tu Yah pergi solat dulu ya” Raziah bangun. Kepala yang pening tidak dihiraukan. Baru sahaja kaki hendak melangkah keluar wad, Raziah jatuh pengsan. Puan Zainab berusaha memanggil jururawat yang bertugas. Malangnya tiada siapa yang mendengar. Dengan kudrat yang masih bersisa, dia mangangkat tangan menekan butang kecemasan di tepi katil. Akibat tersalah langkah, Puan Zainab jatuh tertiarap menyembah bumi.
            Kalimah Lailahaillah meniti di bibir. Dia redha andai ajalnya diambil ketika ini. Dia sudah mampu pergi dengan tenang setelah segala dendam terungkai.
            Jururawat segera datang ke wad yang didiami Puan Zainab. Sudahlah wad itu dia seorang sahaja yang duduk, jika ada pun pesakit lain sudah discharge pagi tadi. Melihat dua jasad yang menyembah bumi, jururawat tersebut bertindak pantas dengan memanggil rakan sekerjanya.
Rahman yang baru tiba setelah menunaikan solat agak terkejut dengan kekecohan yang berlaku di Wad Delima. Apa yang berlaku?
            Melihat jasad Raziah dan emaknya diusung pergi ke wad kecemasan, sedarlah Rahman bahawa kecelakaan telah menimpa mereka. Dia terduduk di tepi pintu dan memegang kepala yang terasa kusut. Ya Allah...
            “Encik waris pesakit?” tanya salah seorang jururawat. Rahman sekadar mengangguk. Tiada kata yang mampu diluahkan ketika ini. Jantungnya berdegup laju. Hati tidak putus-putus berdoa kepada Allah.
            “Isteri encik dan pesakit dipercayai terjatuh dan pengsan. Kami akan bawa mereka ke wad kecemasan. Minta encik tunggu di sana ya” pesan jururawat itu sebelum berlalu pergi. Rahman menangis, terasa sekejap masa yang Allah beri untuk dia bermanja dengan emaknya. Banyaknya dosa dia. Mujur Allah pinjamkan Puan Zainab seketika, sempatlah dia meminta maaf.

TANAH kubur yang masih merah itu direnung penuh sayu. Rahman menguis-nguis tanah itu seolah-olah sedang membelai rambut emaknya. Tenanglah emak di sana, Rahman sentiasa mendoakan emak. Rahman bangkit dari duduk dan berlalu ke arah Uteh.
            Kelihatan Uteh memeluk erat kubur tersebut seperti memeluk emaknya. Air mata tidak berhenti-henti membasahi pipi. Uteh mengomel sendirian, mengadu kepada emaknya tentang hari-harinya yang berlalu. Memang itulah kebiasaNnya, bercerita apa sahaja yang berlaku kepada Raziah.
            “Uteh, mari balik” ajak Rahman.
            Uteh angkat kepala. Rambut yang terkena tanah merah itu dibiarkan sahaja. Tanah kubur emak.
            “Okay” balasnya pendek lalu bangun.
            Rahman melipat tikar yang digunakan oleh Uteh. Dia tahu Uteh bersedih tapi apakan daya, kuasa Allah menandingi segala-galanya.
            “Mak, Nenek. Nanti Uteh datang melawat lagi” Uteh pandang kubur emak dan neneknya yang terletak selang beberapa buah kubur lain.
            Kereta mewah milik Puan Zainab terparkir elok di luar pagar kawasan perkuburan. Rahman segera membuka pintu dan membenarkan Uteh masuk ke dalam perut kereta. Perlahan-lahan dia pandu merentasi jalan kampung yang berliku.

            Bukan harta yang dipandangnya tetapi memandangkan dia hanya satu-satu waris yang tinggal, Rahman terima juga. Itupun separuh dari harga yang ditinggalkan emaknya telah selamat diinfaqkan ke rumah anak-anak yatim yang memerlukan. Separuh lagi adalah untuk kegunaan persekolahan Uteh. Sebaik sahaja sampai di teratak buruknya, Rahman melepaskan keluhan kecil. Terasa kehilangan, selalunya ada Raziah yang menjadi penghibur hati. Moga awak tenang di sana Yah.

Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go